Wednesday, 4 January 2012

Contoh Penulisan Tinjauan Awal


6.0         TINJAUAN AWAL

10 orang murid 2 Optimis yang dipilih sebagai sampel kajian adalah hasil pemerhatian semasa pengajaran dan latihan. Ujian pra dijalankan untuk mengenal pasti tahap kemahiran murid dalam menulis Jawi. Saya memberikan dua jenis kertas soalan berbeza kemahiran dalam tempoh masa yang berbeza. Pertama, soalan untuk mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan menulis suku kata mudah Jawi daripada perkataan dalam tulisan Rumi. Manakala soalan kedua adalah untuk menyambung huruf-huruf tunggal Jawi. Soalan yang dikemukakan merangkumi semua subtopik dalam Jawi (Lampiran E). Setelah murid selesai menjawab, kertas jawapan mereka dikutip dan jawapan mereka dianalisis. Jawapan murid tidak dibincangkan kerana soalan yang sama akan digunakan untuk ujian pos.  Jadual 4 di bawah menunjukkan keputusan prestasi yang ditunjukkan oleh murid-murid dalam ujian pra:
Jadual 4
Analisis Keputusan Ujian Pra
Julat markah
Gred
Tulis Suku Kata Mudah Tanpa Kad Dalil
Mengenal huruf Yang Boleh Disambung Dan Tidak Boleh Disambung Serta Menyambungnya Tanpa Kad Avu Zar Zad
Bilangan Murid
Peratus
Bilangan Murid
Peratus
10
A
0
0%
0
0%
8 - 9
0
0%
0
0%
6 - 7
B
0
0%
0
0%
4 - 5
C
0
0%
0
0%
2 - 3
D
5
50%
3
30%
0 - 1
E
5
50%
7
70%

Berdasarkan dapatan dalam Jadual 4, daripada 10 orang murid yang mengambil ujian pra untuk menulis suku kata mudah tanpa Kad Dalil, tiada seorang pun murid yang mencapai gred A hingga C. 5 orang murid mencapai  Gred D (50%) manakala 5 orang murid lagi mencapai gred E (50%). Untuk ujian pra bagi mengenal huruf yang boleh disambung dan tidak boleh disambung serta menyambungnya tanpa Jadual Avu Zar Zad, tiada seorang pun murid yang mendapat gred A hingga C. 3 orang (30%) mencapai gred C manakala 7 orang lagi mencapai gred E (70%).

Dapatan ini menunjukkan bahawa murid yang menjadi sasaran kajian sememangnya mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran menulis Jawi. Daripada pemerhatian juga, didapati kebanyakan murid-murid ….

No comments:

Post a Comment