Wednesday 4 January 2012

Perbandingan Kajian Tindakan dan Kajian Konvensional


KAJIAN TINDAKAN VS KAJIAN KONVENSIONAL
Aspek
Kajian Tindakan
Kajian Konvensional
Tujuan
Memperbaiki amalan guru
Menghasilkan satu teori/dasar baru
Rekabentuk
Prosedur boleh diubahsuai mengikut keadaan (fleksibel)
Prosedur ditetapkan sebelum kajian dan tidak boleh diubah (rigid)
Subjek kajian
Pelajar dan guru yang terlibat dengan kajian adalah sampel kajian
Sampel dipilih melalui teknik persampelan yang canggih
Analisis data
Analisis secara deskriptif sahaja (peratus, kekerapan min)
Menggunakan statistik inferensi bagi membolehkan generalisasi
Laporan kajian
Menggunakan bahasa seharian yang difahami semua
Menggunakan bahasa teknikal yang sukar difahami

Contoh Penulisan Cadangan Kajian Seterusnya


10.0       CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Oleh sebab masih terdapat murid yang menghadapi masalah untuk menulis huruf yang betul apabila disambungkan dengan huruf lain, saya bercadang untuk menjalankan kajian tindakan yang seterusnya dan mencari kaedah baru bagi membantu murid mengatasi masalah tersebut.
Saya juga bercadang menulis modul ejaan terkini untuk diguna pakai rakan-rakan setugas. Modul tersebut boleh digunakan selepas murid-murid telah menguasai kedua-dua kemahiran iaitu menulis suku kata terbuka dan tertutup serta membezakan huruf tunggal yang boleh disambung dan tidak boleh disambung.