Wednesday 4 January 2012

Contoh Penulisan Jadual Perlaksanaan


6.0         JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN, ANGGARAN PERBELANJAAN DAN ALAT BANTU MENGAJAR
Kajian ini akan melibatkan saya sendiri sebagai pengkaji dan 10 orang murid Tahun 2 Optimis sebagai sampel kajiian. Di bawah ini ialah jadual pelaksanaan kajian dalam tempoh masa yang telah ditentukan:
Jadual 1
Pelaksanaan Kajian Dalam Tempoh Masa 3 Bulan
Bulan
Minggu
Aktiviti
Catatan
Mac
1
Tinjauan Awal:
i.     Mereka bentuk soalan untuk ujian pra dan ujian pos bagi mengenal pasti kemahiran murid
ii.    Mereka bentuk soal selidik (10 soalan)
iii.  Menjalankan ujian pra (20 minit)
iv.  Mengedarkan soal selidik kepada murid dan mengumpul semula selepas 10 minit
v.    Membuat perhatian terhadap sikap murid sebelum  aktiviti intervensi

i.    Soalan ujian seperti di Lampiran A
ii.   Soal Selidik seperti di Lampiran B
iii.  Perkara-perkara di perhatikan seperti di lampiran C

Mac

2 & 3

Analisis Data Tinjauan awal:



i.        Menganalisis, merekod dan melapor markah ujian pra - bilangan dan peratus yang lulus/yg dapat menjawab dengan betul.
ii.      Menganalisis data soal selidik - menentukan nilai min bagi mengukur minat/persepsi murid pada mata pelajaran Jawi dan bilangan serta peratus bagi setiap kategori skala
iii.     Melaporkan dapatan analisis data soal selidik dalam Jadual
iv.     Melaporkan dapatan pemerhatian


Mac
4
Merancang dan menyusun aktiviti intervensi:
i.       Aktiviti I: Mereka bentuk Kad Dalil Avu Zar Zad dan memperkenalkan kad kepada murid-murid.
Murid akan diperkenalkan terlebih dahulu dengan Teknik Dalil - Menggunakan Jadual kunci huruf yang mengandungi huruf-huruf tunggal Rumi bersamaan huruf tunggal Jawi (Contoh Kad di Lampiran C)
ii.      Aktiviti II: Memberi soalan latih tubi  untuk mengenal pasti kemahiran murid mengenal pasti huruf dan kemahiran murid menulis suku kata mudah.
iii.    Aktiviti IV: Memperkenalkan Teknik Avu Zar Zad
iv.    Aktiviti V: Memberi latih tubi - murid perlu menulis jawapan bagi perkataan bagi mengesan kemahiran mereka mengenali huruf-huruf yang boleh disambung dan yang tidak boleh disambung.






April
1-3
Melaksanakan aktiviti intervensi sebagaimana yang dirancang secara satu persatu

Melakukan pemerhatian dan membuat perekodan terhadap perubahan sikap dan tingkah laku murid

Nota: semua aktiviti akan divideokan
April
4
Menjalankan ujian pos untuk menilai tahap perubahan tingkah laku terhadap teknik yang diperkenalkan.
Mengedar soal selidik untuk dijawab oleh murid

Mei
1
Menganalisis data ujian pos
Menganalisis data soal selidik
Menyediakan jadual dan pelaporan hasil analisis data


2
Menulis refleksi kajian dan membuat cadangan


3
Mengemas kini laporan - editing, memastikan isi kandungan, rujukan dan lampiran dilengkapkan


4
Menjilid laporan dan bersedia untuk dihantar ke PPD.


Anggaran Perbelanjaan Kajian
Untuk menjalankan kajian ini, saya telah mengenal pasti bahan dan kos yang akan terlibat. Jadual di bawah menunjukkan perincian bagi bahan dan anggaran perbelanjaan kajian:
Jadual 2
Anggaran Perbelanjaan Kajian
Bil
Butiran
Harga Per unit x unit (RM)
Jumlah
(RM)
1
Kertas mahjung
0.20 x 10
20.00
2
Kertas A4
10.00 x 1 rim
10.00
3
Dakwat pencetak
80.00 x 1 katraj
80.00
4
Artline
3.00 x 3
9.00
5
Bahan fotostat
0.50 x 50 helai
2.60
6
Thum drive
40.00 x 1
40.00

Alat Bantu Mengajar
Senarai ABM yang digunakan (jika ada) juga boleh disediakan dalam satu jadual, contoh dengan format berikut
Jadual 3
Alat Bantu Mengajar Yang Digunakan
Bil
Jenis ABM
Kuantiti
1
Kad Dalil Avu Zar Zad
10


No comments:

Post a Comment