9.0
REFLEKSI KAJIAN
Semasa ujian pos dilakukan, saya merasa sangat gembira dan terharu
apabila melihat murid-murid yang sebelum ini langsung tidak tahu menulis
perkataan Jawi dan tidak tahu menyambung huruf-huruf tunggal mampu melakukannya
dengan penuh keyakinan tanpa memanggungkan kepala mereka untuk melihat kiri dan
kanan bagi mencari jawapan daripada rakan, seperti sebelum ini. Mereka begitu
khusyuk tunduk dan menulis jawapan mereka tanpa ragu-ragu.
Walaupun kami telah berpuas hati kerana murid telah mengenal huruf
yang boleh dan tidak boleh disambung secara total, tetapi daripada pemerhatian,
masih ada murid yang tidak tahu untuk menulis huruf jawi dengan betul apabila
bersambung. Saya telah merangka beberapa cara untuk mengatasi masalah tersebut
melalui Kajian Tindakan yang seterusnya.
Penulisan Kajian Tindakan ini juga banyak membuka dimensi pemikiran
baru saya terhadap dunia pendidikan. Saya dapat mencungkil kekuatan dan
kelemahan diri dan murid. Saya telah menyenaraikan beberapa cadangan untuk
tindakan pada masa hadapan, iaitu menggunakan dua teknik ini seawal mungkin
terhadap murid-murid dan menggunakan teknik ini dengan kerap dalam latihan
latih tubi agar mereka tidak perlu menggunakan kunci huruf lagi untuk
meningkatkan kemahiran menulis sesuatu perkataan.
No comments:
Post a Comment