Wednesday, 4 January 2012

Contoh Penulisan Penilaian


8.0         PENILAIAN
Untuk mengesan keberkesanan Teknik Dalil Avu Zar Zad dalam meningkatkan kemahiran murid menulis Jawi, saya menjalankan ujian pos. Ujian akan mengesan sama ada berlaku peningkatan dalam kemahiran dengan melihat peratus murid lulus dalam ujian menulis Jawi. Saya juga akan mengedarkan soal selidik berkenaan minat murid terhadap mata pelajaran Jawi untuk mengenal pasti sama ada berlaku peningkatan dalam minat mereka terhadap P&P mata pelajaran Jawi.  Selain itu, laporan saya berkenaan dengan perubahan sikap dan tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran akan turut digunakan bagi memperjelaskan lagi sama ada objektif menjalankan kajian iaitu untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menulis Jawi tercapai atau sebaliknya. Huraian adalah mengikut objektif khusus kajian seperti berikut:
8.1  Objektif 1 : Untuk memastikan 100% sasaran kajian iaitu 10 orang murid 2 Optimis lulus dalam ujian mengenal pasti huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan menulis suku kata setelah menggunakan Teknik Dalil.
Murid telah menjalani ujian pos. Soalan ujian yang digunakan semasa ujian pra digunakan semula. Soalan ujian mengarahkan murid menulis suku kata mudah Jawi daripada tulisan Rumi. Perbandingan keputusan yang dicapai murid dalam ujian pra dan pos adalah seperti dalam Jadual 5.
Jadual 5
Perbandingan Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pos Iaitu Sebelum Teknik Dalil Dan Selepas Teknik Dalil
Ujian Pra

Ujian Pos

Gagal

Lulus
Gagal
Lulus
100%
0%
0%
100%

Jadual menunjukkan semua murid yang gagal semasa ujian pra telah lulus dalam ujian pos. ini menunjukkan Teknik Dalil telah dapat meningkatkan kemahiran 10 orang murid 2 Optimis mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan menulis suku kata mudah bagi tulisan Jawi. Dapatan ini juga menunjukkan objektif menjalankan kajian ini iaitu untuk memastikan 100% murid lulus dalam ujian setelah menggunakan teknik Dalil Avu Zar Zad telah tercapai.
8.2  Objektif 2: Untuk memastikan 100% sasaran kajian iaitu 10 orang murid 2 Optimis lulus dalam ujian bagi mengenal pasti huruf-huruf Jawi yang  boleh dan tidak boleh disambung setelah menggunakan Teknik Avu Zar Zad.
Soalan kedua ujian pos ialah untuk murid-murid menyambung huruf-huruf tunggal Jawi. Soalan yang digunakan juga adalah sama dengan soalan yang digunakan semasa ujian pra. Analisis data adalah seperti dalam Jadual 6 di bawah:

Jadual 6
Perbandingan Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pos Iaitu Sebelum Teknik  Avu Zar Zad Dan Selepas Teknik Avu Zar Zad
Ujian Pra
Ujian Pos
Gagal
Lulus
Gagal
Lulus
100%
0%
20%
80%

Berdasarkan dapatan dalam Jadual 6, didapati Teknik Dalil Avu Zar Zad berjaya menjadi pemangkin perubahan markah yang ketara terhadap para murid. Walaupun ujian pos menunjukkan 20% peratus murid masih gagal, namun tidak memberi makna kegagalan teknik ini meningkatkan kemahiran murid kerana murid berkenaan gagal mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran seperti murid-murid lain, iaitu sering tidak hadir ke sekolah. Dapatan ini juga menunjukkan objektif kajian tindakan ini iaitu untuk meningkatkan kemahiran 10 orang murid Tahun 2 Optimis mengenal huruf-huruf Jawi yang  boleh dan tidak boleh disambung serta menyambung huruf-huruf tunggal menggunakan Teknik Avu Zar Zad dengan memastikan 100% murid lulus dalam ujian telah dapat dicapai.

No comments:

Post a Comment