Wednesday, 4 January 2012

Contoh Penulisan Objektif


3.0         OBJEKTIF KAJIAN
Berikut ialah objektif umum dan objektif khusus bagi kajian ini:

3.1         Objektif Umum
Objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk meningkatkan kemahiran 10 orang murid Tahun 2 optimis menulis Jawi dengan meningkatkan kemahiran mereka mengenali huruf-huruf Jawi yang mewakili huruf-huruf Rumi serta membantu mereka menulis suku kata mudah menggunakan Teknik Dalil dan mengenali huruf tunggal Jawi yang boleh disambung dan tidak boleh disambung menggunakan Teknik Avu Zar Zad. Diharapkan dengan teknik yang diperkenalkan, murid-murid tersebut  dapat menguasai kemahiran menulis Jawi dengan baik serta akan lebih meminati mata pelajaran Jawi. Seterusnya diharapkan mereka akan dapat mencapai pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM yang akan mereka jalani semasa di peringkat menengah nanti.

3.2         Objektif Khusus
Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut:
i.                 Untuk memastikan 100% murid Tahun 2 optimis lulus dalam ujian mengenal pasti huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi setelah menggunakan Teknik Dalil.
ii.                Untuk memastikan 100%  murid Tahun 2 Optimis lulus dalam ujian mengenal pasti huruf-huruf Jawi yang boleh dan tidak boleh disambung setelah menggunakan Teknik Avu Zar Zad.
iii.               Untuk meningkatkan skor min minat murid Tahun 2 Optimis terhadap mata pelajaran Jawi setelah menggunakan Kad Dalil Avu Zar zad

1 comment:

  1. Tahniah atas penulisan kajian tindakan ini. Cadangan saya, penjelasan tentang objektif umum somoleknya ditulis secara ringkas dan padat. Fkous apa yang nak dicapai secara umum. Kemudian, bagi objektf khusus ditulis dalam bentuk i,ii,iii mengikut susunan keutamaan yang hendak dicapai dalam kajian.Terima kasih.

    ReplyDelete