Wednesday, 4 January 2012

Contoh Penulisan Abstrak


ABSTRAK


Sikap dan tingkahlaku 10 orang murid Tahun 2 Optimis semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Jawi menunjukkan mereka tidak begitu berminat dengan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Jawi. Punca masalah yang utama ialah  kerana mereka tidak mengenal huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi serta tidak mahir menyambung antara huruf-huruf tunggal Jawi. Maka fokus kajian ini adalah untuk menangani masalah tersebut dengan memperkenalkan satu kaedah baru bagi membantu murid tersebut mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi serta satu kaedah baru bagi meningkatkan kemahiran mereka menyambung antara huruf-huruf Jawi.  Tinjauan awal menunjukkan 10 orang murid tersebut gagal dalam ujian mengenal huruf dan gagal juga dalam ujian menyambung huruf. Soal selidik bagi mengukur minat mereka terhadap P&P mata pelajaran Jawi menunjukkan bahawa bagi semua item, skor min yang dicapai adalah di bawah 3. Setelah Kad Dalil Avu Zar Zad digunakan, maka didapati 10 orang murid tersebut dapat mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan dapat juga menyambung huruf-uruf Jawi dengan betul. Ujian pos yang dijalankan menunjukkan 100% murid lulus dalam ujian mengenal huruf manakala dalam ujian menyambung huruf peratus lulus adalah 80%. Min minat yang dicapai selepas program juga telah meningkat kepada skor min 4. Dapat dirumuskan, kemahiran murid dalam menulis Jawi telah dapat ditingkatkan setelah menggunakan Kad Dalil Avu Zar Zad. Penyelidikan untuk mencari pendekatan terbaik dalam amalan P&P bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malah menggilap kreativiti dan inovasi guru.

No comments:

Post a Comment