Wednesday, 4 January 2012

Contoh Penulisan Fokus Kajian


2.0       FOKUS KAJIAN
Kemahiran menulis Jawi merupakan tunjang kepada pencapaian baik Pendidikan Islam dalam peperiksaan PMR dan SPM. Oleh kerana itu, saya harus mengambil langkah segera untuk mengatasi masalah 10 orang murid Tahun 2 Optimis yang tidak dapat menguasai kemahiran menulis Jawi. Saya telah dapat mengenal pasti punca utama mereka tidak dapat menulis Jawi dengan baik ialah tidak mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan tidak tahu bagaimana untuk menyambung antara huruf-huruf Jawi.  Maka saya akan menggunakan teknik baru yang akan membantu mereka mengatasi masalah tersebut. Teknik  baru yang saya namakan sebagai Dalil Avu Zar Zad akan digunakan bagi membantu mereka mengenali huruf-huruf Jawi yang mewakili huruf-huruf Rumi dan membantu mereka menulis suku kata mudah dalam Jawi. Seterusnya saya akan menggunakan formula baru yang akan membantu murid mengenali huruf tunggal Jawi yang boleh disambung dan tidak boleh disambung. Menggunakan  10 orang murid Tahun 2 Optimis sebagai sampel kajian sangat bertepatan kerana sebagai guru Jawi mereka, saya dapat berhubung dengan murid-murid tersebut secara langsung untuk mengaplikasikan formula yang saya perkenalkan. Selain itu, aktiviti memberi mereka ujian dan meminta mereka menjawab soal selidik akan dapat dijalankan dengan lebih mudah. Saya berharap hasil analisis data akan dapat membantu saya mengenal pasti sama ada intervensi yang saya laksanakan dapat meningkatkan kemahiran murid dalam menulis Jawi.

No comments:

Post a Comment