Wednesday, 4 January 2012

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS AYAT MUDAH DALAM BAHASA INGGERIS DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 UTM DENGAN KAEDAH “I-PALM Su Ve O”


MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MENULIS AYAT MUDAH  DALAM BAHASA INGGERIS
DALAM KALANGAN  MURID TAHUN 4 UTM
DENGAN KAEDAH “I-PALM Su Ve O”

Oleh
Jamilah Binti Ahmad
SK Taman Kota Kulai 2
81000 Kulai , Johor


1. 0      Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Apabila saya memasuki kelas 4 UTM pada awal tahun, saya telah memberikan beberapa latihan untuk dijawab di dalam kelas. Antara latihan yang diberikan adalah membuat ayat  dengan bantuan perkataan yang diberi  ( Rajah 1) . Saya beranggapan apa yang telah  mereka pelajari semasa di tahun 3 akan  digunakan  untuk  menyiapkan latihan tersebut tetapi malangnya hampir  80% daripada mereka telah membuat dengan menyalin semula perkataan yang diberi . Saya amat terkejut apabila menyedari hal ini kerana anggapan saya adalah tidak benar.

The boys- fish –river   (  Simple Present Continuous Tense)
( Jawapan murid:  The boys fish river.)

Berdasarkan tinjauan dan perbualan , didapati  ramai  pelajar di   kelas ini tidak memahami , tidak dapat mengingat apa yang telah dipelajari dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, dan ada juga yang  tidak tahu apakah yang sedang dipelajari oleh mereka. Ini amat merugikan kepada para pelajar jika mereka tidak dapat menguasai kemahiran membuat ayat  dalam Bahasa Inggeris . Oleh itu suatu pendekatan perlu diambil agar masalah ini tidak berlarutan hingga ke tahun 6 apabila mereka perlu menduduki peperiksaan UPSR. Keadaan ini juga merugikan guru-guru kerana apa yang diajari bagai mencurah air ke daun keladi dan menggambarkan tahap kualiti guru tersebut sebagai pendidik dan agen perubahan.

Pada pendapat saya soal tidak faham dan tidak  ingat , tidak seharusnya timbul jika mereka benar-benar fokus kepada isi pengajaran yang disampaikan oleh guru dengan baik . Kehilangan fokus  dan tidak memahami  bagaimana membuat ayat mudah dalam subjek Bahasa Inggeris adalah di antara sebab saya terpanggil untuk melaksanakan kajian dalam lapangan ini. Sekiranya mereka tidak dapat memahami dan tidak dapat  menulis ayat mudah dalam Bahasa Inggeris bagi soalan 1 ( Paper 2), apatah lagi untuk menulis ‘essay’ bagi soalan 3 ( Paper 2) yang semakin sukar.

2.0       Isu dan Keperihatinan yang Dikaji / Fokus Kajian

Saya memfokuskan kepada kaedah ‘ I-PALM  SuVeO’ yang dapat membantu pelajar untuk memahami dan dapat membuat ayat mudah  dalam Bahasa Inggeris . Pendekatan ‘ I-PALM  SuVeO’ digunakan untuk membuat ayat mudah ( Simple Present Continuous Tense ) sahaja dalam subjek Bahasa Inggeris Tahun 4.  Beberapa tindakan telah dibuat oleh guru dan pelajar dan saya yakin  mereka akan dapat menulis ayat mudah  dengan baik  jika mereka dapat menguasai kemahiran dan teknik pendekatan ‘ I-PALM SuVeO’ .  Antara kelemahan para pelajar yang ketara ialah:
1.     Tidak memahami objektif pembelajaran Bahasa Inggeris (mengapa perlu pelajar mempelajari Bahasa Inggeris)
2.     Tidak tahu bagaimana dan apakah yang perlu mereka fahami dalam membuat ayat.
3.     Mempunyai ‘mind set’ di mana subjek Bahasa Inggeris ini sukar
Saya yakin jika para pelajar ini didedahkan dengan teknik yang betul, InsyaAllah mereka boleh mempelajari subjek Bahasa Inggeris dengan minat yang tinggi. Usaha ini akan dapat membantu pelajar-pelajar yang lemah untuk lulus dengan baik dalam peperiksaan dan seterusnya dapat meningkatkan nilai GNP sekolah. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan peratus kelulusan pelajar SK Daerah Kulaijaya  dan seterusnya meletakkan negeri Johor pada satu tahap yang terbaik diperingkat kebangsaan.

3. 0      Objektif Kajian

3.1       Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran menulis ayat mudah dalam Bahasa Inggeris.

3.2       Objektif Khusus
3.2.1    Pelajar dapat menulis ayat mudah ‘ Simple Present  Continuous Tense’.
3.2.2    Pelajar dapat mengingati dan menguasai ‘verb’ dan ‘object’ yang dipelajari.
3.2.3    Untuk menarik minat pelajar menulis ayat Bahasa Inggeris yang dirasakan amat sukar.

4.0       Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 40 orang pelajar Tahun 4 UTM,  SK Taman Kota Kulai 2, Kulaijaya, Johor yang terdiri daripada pelajar-pelajar Melayu , Cina dan India. Bilangan pelajar lelaki dan perempuan masing-masing ialah  21 dan 19. Latar belakang keluarga yang berbeza-beza dari keluarga yang miskin hingga sederhana dan kebanyakannya datang dari kawasan perumahan teres dan rumah pangsa di Taman Putri . Tahap pencapaian para pelajar kelas ini dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris  adalah pada tahap  lemah.  2 orang daripada 40 responden kajian adalah pelajar pemulihan.
5. 0      Perlaksanaan Kajian
Beberapa langkah telah dirancang dan diambil untuk memastikan proses kajian ini berjalan dengan sempurna.
5.1       Tinjauan Masalah
Semasa menjalankan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan  ujian pra, pemerhatian di dalam kelas, dan temubual yang telah dijalankan.

5.1.1    Ujian Pra
Satu ujian pra telah dijalankan ke atas para pelajar Tahun 4 UTM  untuk menguji sejauh mana keupayaan  mereka membuat ayat mudah dengan menggunakan Simple Present  Continuous Tense . Pelajar diberi  10 buah gambar beserta perkataan - perkataan dibawahnya dan diarahkan untuk membuat ayat daripada perkataan tersebut. Mereka menjawab ujian ini di dalam kelas tanpa bantuan guru, rakan -rakan ataupun buku rujukan. Ujian telah dijalankan selama 30 minit.

5.1.2    Pemerhatian  Di  Dalam Kelas
Pemerhatian di dalam kelas juga telah dibuat dan saya dapati hanya
segelintir pelajar sahaja yang menunjukkan kesan progresif pada konteks
pembelajaran manakala segelintir yang lain kelihatan melayang dan tidak
fokus kepada latihan yang dilaksanakan.


5.1.3    Temu Bual
Saya bertemu bual dengan beberapa orang pelajar kelas ini secara tidak formal tentang  masalah yang mereka hadapi di dalam kelas dan di luar atau di rumah. Masaalah yang dihadapi  tidak dapat dinafikan menyumbang kepada faktor mengapa mereka tidak dapat mengikuti pelajaran dengan lebih baik dan hasilnya mereka tidak faham dan  tidak dapat mengingati apa yang dipelajari. Apa tah lagi wujud segelintir guru yang suka mementingkan diri , tidak peka dengan keupayaan pelajar-pelajar dan hanya mahu menghabiskan ‘syllabus’ mengikut jangkamasa tertentu.

5.2       Analisis Tinjauan Masalah
5.2.1    Ujian Pra
Satu ujian pra telah dijalankan terhadap kelas 4 UTM dan hasil  keputusan Ujian Pra adalah seperti pada Jadual I .
Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra bagi sampel kajian Kelas 4 UTM

Sampel  Murid 
(S )
Markah
(Jawapan yang betul/ 10)
Catatan
1.      1
3

2.      2
3

3.      3
4

4.      4
2

5.      5
1

6.      6
0
Pelajar pemulihan
7.      7
1

8.      8
2

9.      9
3

10.   10
3

11.   11
2

12.   12
1

13.   13
0
Pelajar pemulihan
14.   14
5

15.   15
3

16.   16
4

17.   17
3

18.   18
2

19.   19
2

20.   20
1

21.   21
0

22.   22
3

23.   23
5

24.   24
5

25.   25
4

26.   26
3

27.   27
4

28.   28
3

29.   29
2

30.   30
2

31.   31
1

32.    32
0

33.      33
0

34.      34
1

35.      35
3

36     36
4

37.      37
2

38.      38
4

39.      39
5

40.      40
3


Berdasarkan  jadual Ujian Pra, didapati  tiada  pelajar  yang  mendapat  markah 10. Dua orang pelajar  sahaja  mendapat  0 markah, dan yang 38 orang  mendapat markah dari 1 hingga 5 markah sahaja dalam Ujian Pra ini.

5.2.2    Pemerhatian yang Dilaksanakan di Kelas
Hasil daripada pemerhatian yang dilakukan di dalam kelas, saya dapati
terdapat dua orang  pelajar yang tidak dapat menjawab soalan yang saya
berikan. Majoriti pula memberikan jawapan yang salah. Puncanya ialah
pelajar tidak dapat mengingati konteks isi pelajaran yang dipelajari walaupun
telah diulangi beberapa kali.

5.2.3    Temubual
Hasil temubual awal bersama sepuluh  orang pelajar 4 UTM  secara tidak
formal, beberapa jawapan telah saya perolehi dan kebanyakannya adalah
sama untuk kesemua pelajar.

5.3       Tindakan Yang Dijalankan
5.3.1    Penerangan tentang  Kaedah  ‘I-PALM  Su Ve O’
Dalam kaedah ini, guru memperkenalkan kepada penggunaan tapak tangan dalam membuat ayat Bahasa Inggeris.  Tapak tangan dipilih adalah berdasarkan pemerhatian guru terhadap pelajar-pelajar semasa mereka menjawab soalan ujian atau peperiksaan. Pelajar-pelajar yang tidak dapat menjawab soalan biasanya akan bermain-main dengan tangannya seperti melihat tapak tangan dan  menongkat kepala dengan tangan dan kedudukan tapak tangan di kepalanya. Pendekata, tapak tangan adalah anggota badan yang selalu diperhatikan oleh pelajar-pelajar , jadi adalah baik sekiranya pelajar-pelajar dapat menggunakan tapak tangan untuk mengingati apa yang telah dipelajarinya dalam menjawab soalan 1 ( Kertas 2 Bahasa Inggeris ).

Guru mengarahkan pelajar untuk menulis  di tapak tangan kiri dengan menggunakan pen hitam  mengikut arahan seperti di bawah :
1.          S 1   -  di tengah tapak tangan  kiri .
2.         Su  -  di ibu jari
3.         is      -   di  jari telunjuk
4.         Ve   +  ing -   di  jari hantu
5.         O  what   how – jari manis
6.         O  where   when – jari kelingking

Kemudian guru mengarahkan pelajar untuk menulis  di atas tangan kiri pula mengikut arahan seperti di bawah :
1.          P   - tengah  atas tangan  kiri .
2.         Su  - ibu jari
3.         are    -  jari telunjuk
4.         Ve   +  ing -  jari hantu
5.         O  what   how – jari manis
6.         O  where   when – jari kelingking

            Guru menerangkan kepada pelajar  maksud perkataan –perkataan yang di tuliskan di atas tapak tangan  dan di tangan.
5.3.2    Menulis ayat  dengan ‘I-PALM  SuVeO’
Guru mengedarkan sehelai lembaran kepada pelajar . Lembaran tersebut mengandungi beberapa buah gambar untuk  pelajar membuat ayat mudah yang berkaitan .

Pelajar diperkenalkan dengan pendekatan membuat ayat mudah dengan menggunakan  Kaedah  ‘I-PALM SuVeO  dengan mengikut langkah-langkah berikut:
1.         Guru bertanya kepada  pelajar beberapa soalan seperti
 “How many people in the picture?”
  “ Are you going to use S1 or P?”
2.         Berdasarkan gambar di atas pelajar akan menjawab P kerana ada tiga orang budak lelaki . Oleh itu semua pelajar akan melihat  atas tangan yang di tulis P.
3.         Bermula dengan  ibu jari ( Subject) – The boys , kemudian ibu jari dimasukkan ke dalam.
4.         Diikuti dengan jari telunjuk ( are) ,  jari telunjuk akan dimasukkan ke dalam
5.         Kemudian  jari hantu ( Verb) + ing – (  fish + ing  = fishing) , jari hantu dilipatkan ke dalam.
.           Jari  manis (Object) ( What /  How) – patiently, kemudian jari manis dilipatkan ke dalam.
7.         Diikuti dengan jari kelingking  ( Object) ( Where/ When ) – at the river . Kemudian jari kelingking dimasukkan ke dalam.
8.         Tangan pelajar akan  digenggam membentuk satu penumbuk yang membawa erti  bahawa mereka perlu meletakkan nokhtah atau  titik di hujung ayat.
                             The boys are fishing patiently at the river.

5.3.3    Spelling dan penggunaan ‘ My sayang book’
Pelajar-pelajar  diberi ‘my sayang book’  yang mengandungi vocabulary dan senarai ‘verb’ yang selalu digunakan dalam  membuat ayat. Pelajar-pelajar akan membaca dan  menghafal  vocabulary ( object) dan  verb . Spelling dan  latihan membuat ayat adalah  kerap diberikan kepada mereka. Penggunaan ganti nama ‘sayang’ apabila berinteraksi dengan pelajar-pelajar.
.
6.0       Jadual Pelaksanaan
Perlaksanaan kaedah ‘I-PALM Su Ve O’ ini  telah dijalankan  mengikut tarikh dan ketetapan berikut :
BIL
AGENDA
Tarikh
  1.  
Ujian Pra
7 Februari 2011
  1.  
Pengenalan kepada  kaedah ‘ I- PALM Su Ve O ‘

8 Februari 2011
  1.  
Penerangan tentang prinsip ‘ I-PALM  Su Ve O’ (Simple Present  Continuous Tense) dan perlaksanaannya.
8 Februari 2011
  1.  
Pemberian ‘My Sayang book’
Pelajar dikehendaki menghafal 5 verb atau 5 noun setiap hari.
7 Februari 2011
7 Februari-  20 April 2011
  1.  
Spelling dan latihan membuat ayat

7 Februari- 20 April 2011
  1.  
Ujian Post

21 April 2011






7.0       Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian
            Kajian telah dilaksanakan dan pemerhatian / penilaian juga telah dibuat mengikut ketetapan yang telah rancangkan.

7.1       Kaedah ‘ I-PALM SUVEO’
Kaedah telah dilaksanakan sebaik sahaja kajian dimulakan . Kaedah  ini diaplikasikan kepada semua pelajar  dan pemberian hadiah  diberikan  kepada  pelajar-pelajar yang kerap mendapat jawapan yang betul.

i.          Pemerhatian
Dari pemerhatian didapati pelajar lebih bermotivasi , bersemangat dan berminat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, tidak sabar menunggu kehadiran guru, suka menolong guru mengangkat buku atau barang-barang , mulai berani untuk berinteraksi dan bertanya tentang topik yang tidak difahami dan mempunyai disiplin yang lebih baik semasa guru tersebut berada di dalam kelas. Mereka suka membuat ayat dan wujud komunikasi dua hala antara pelajar - guru  atau pelajar-pelajar , dimana mereka selalu menyoal rakan-rakan dalam Spelling. Mereka tidak takut mencuba dan sentiasa menunjukkan rasa yakin pada diri sendiri.

ii.         Refleksi
Guru berperanan sebagai ibu kepada pelajar , bersifat tegas tetapi penyayang,  menggunakan gantinama awak kepada ‘Sayang’ dengan pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar yang tiada ibu atau bapa atau kurang kasih sayang  mendapati perkataan ‘Sayang’ sesuatu yang indah dan tersipu-sipu malu dipanggil dengan panggilan itu namun kesannya mereka mulai meminati guru dan sentiasa ingin bersalam dengan guru . Apabila mereka melakukan kesalahan, mereka perlu ditegur pada ketika  sekiranya mereka melakukan perkara yang baik mereka diberi penghargaan walaupun dalam bentuk kata pujian seperti ‘clever girl or clever boy’atau tepukan dari para pelajar di dalam kelas. Tindakan ini mendorong dan memotivasikan mereka untuk terus tertarik untuk mempelajari perkara yang baru dari guru. Para pelajar dapat mengingati  kaedah  ‘I-PALM SuVeO’ dan merasakan membuat ayat dengan menggunakan teknik ini sangat menyeronokkan.  Ramai  diantara mereka yang dapat mengeja banyak perkataan yang dihafal dari ‘My Sayang book’ dengan betul .

7.2       Ujian Pos

i.          Pemerhatian
Ujian ini bertujuan untuk menilai tahap penguasaan kemahiran membuat ayat mudah setelah  pendekatan ‘ I-PALM  SuVeO’ diaplikasikan. Para pelajar diberikan masa 30 minit untuk membuat 10 ayat daripada gambar yang diberi tanpa bantuan guru, rakan-rakan mahupun perkataan-perkataan. Hasilnya didapati seramai 20 orang pelajar mendapat 9 markah ,13 orang mendapat 8 markah, 3 orang mendapat 7 dan manakala 4 orang lagi mendapat 6 markah.Keputusan Ujian Pos adalah seperti  di dalam Jadual 3.

Jadual 3          

Keputusan Ujian Pos bagi sampel kajian kelas 4 UTM.

Sampel  Murid (S )
Markah Pra
(Jawapan yang betul/ 10)
Markah Pos
(Jawapan yang betul /10)
1.       1
3
9
2.       2
3
9
3.       3
4
9
4.       4
2
9
5.       5
1
6
6.       6
0
6
7.       7
1
7
8.      8 
2
9
9.       9
3
9
10.    10
3
9
11.    11
2
9
12.    12
1
6
13.    13
0
6
14.    14
5
9
15.    15
3
8
16.    16
4
9
17.    17
3
9
18.    18
2
8
19.    19
2
8
20.    20
1
7
21.    21
0
7
22.    22
3
8
23.    23
5
9
24.    24
5
9
25.    25
4
9
26.    26
3
8
27.    27
4
9
28.    28
3
9
29.    29
2
8
30.    30
2
8
31.    31
1
8
32.    32
0
8
33.    33
0
8
34.    34
1
8
35.    35
3
9
36.    36
4
9
37.    37
2
8
38.    38
4
9
39.    39
5
9
40.    40
3
8

ii.         Refleksi
Ternyata dengan menggunakan pendekatan ‘I-PALM SuVeO’ ini, pencapaian pelajar dalam Ujian Pra meningkat dengan ketara. Pelajar juga amat yakin dengan jawapan masing-masing tanpa ada perasaan gusar dan mereka sentiasa bersemangat untuk belajar matapelajaran yang pada mulanya begitu asing bagi mereka.

8.0       Refleksi Kajian
8.1       Refleksi Pelajar
Pelajar amat tertarik dengan guru yang mengajar,  sentiasa menanti kehadiran guru, menyayangi guru, menghormati   dan selalu bersedia untuk proses pengajaran dan pembelajaran .. Kegembiraan terbayang di wajah mereka apabila  diberi penghargaan dan apabila melihat buku latihan atau kertas jawapan mereka ditanda dengan ‘star’ (bintang).  Penggunaan teknik ‘I-PALM SuVe O’ dapat menarik minat pelajar membuat ayat dengan mudah . Melalui analisis yang dibuat, terdapat peningkatan  yang ketara pada markah pelajar di antara Ujian Pra dan Ujian Pos.

8.2       Refleksi Guru
Saya berpuas hati dengan kaedah yang digunakan kerana ia merupakan satu eksperimen kepada pelajar-pelajar. Eksperimen ini boleh diteruskan lagi jika guru berkemampuan dan ia menggunakan Tenses yang lain seperti Simple Continuous Tense, Simple Past Tense dan lain-lain. Saya juga berharap semua guru dapat bekerjasama antara satu sama lain bagi menarik minat pelajar untuk terlibat dalam aktiviti P & P daripada mendera atau mendenda mereka sekiranya mereka tidak tahu menjawab sesuatu tugasan kerana setiap kejadian adalah disebabkan oleh sesuatu. Kita perlu bertanya kepada diri sendiri ‘Why’ ?( kenapa ia berlaku ?) dan mencari jalan dengan menjawab ‘How’ ( bagaimana untuk mengatasinya dengan cara yang positif? ) .

Ketiadaan minat dalam melakukan sesuatu menggalakkan pelajar menjadi bosan di dalam kelas. Kebosanan pelajar dalam kelas boleh menyebabkan pelanggaran disiplin seperti mengganggu pelajar lain, ponteng kelas, ponteng sekolah dan tidak menyiapkan kerja rumah. Kesimpulannya, masalah-masalah yang terdapat di dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah sama di sekolah di seluruh Malaysia. Pada dasarnya sikap para pelajar yang tidak serius dan tidak berminat terhadap pembelajaran menyebabkan kegagalan di dalam peperiksaan.

9.0       Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

Untuk kajian yang seterusnya, saya cadangkan agar kajian dilakukan di dalam lapangan yang berfokuskan kepada kaedah untuk menulis ayat bagi menjawab soalan 3  (Paper 2)  bagi pelajar-pelajar yang lemah. Mereka banyak kehilangan markah di bahagian ini kerana hanya menyalin perkataan-perkataan yang diberi dalam bentuk ayat tanpa memberi sebarang maksud.



BIBLIOGRAFI
Bahner , S (1995). Short takes  on writing : The 60-minutes collaborative paper. College Teaching , 43(1), 14-15
Jones , P. Taylor , A & Tate , D. Flip it !  And you  be the judge : Two cooperative –learning activities to teach foreign languages.
Dean , E.E (1996) Teaching  the proof process : A model for discovery learning .
Halliday , M.A.K (1985) Spoken and Written Language. Geelong , Victoria .Deankin University Press.
Christie , F. (1984) . Children Writing : A Reader. Deakin University Press.
Bolitho, R & Tomlisson , B ( 1995) Discover English . Oxford : Heinemann.
Martin, J.R & J Rothery ( 1981) Writing Project Report . University of Sydney.
Martin ,J.R (1992) English Text: System and Structure. Amsterdam.John Benjamins.
Moll,L.C (1990) Instructional implications and applications of socio-historical psychology.Cambridge. Cambridge University Press.
Painter , C. ( 1991) Learning the mother tongue (2nd ed) . Geelong , Victoria. Deakin University Press.


Website :







3 comments:

  1. What does it mean by I-PALM? Stand for what?

    ReplyDelete
  2. my hand palm* because literally they need to use their palm to write the formula. well thts what i do.

    I would like to thank Puan Jamilah Binti Ahmad for doing this paper. I m currently using this paper as my literature review.

    However, i do have some questions. How can i communicate with you? Thanks in advance.

    ReplyDelete