Thursday 28 July 2011

sk taman muhibbah

KAEDAH “SIFIR JARI” MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENDARAB BAGI SIFIR 2 HINGGA 5 DALAM KALANGAN MURID-MURID PEMULIHAN.

Oleh:
Nursyazana Binti Zakaria
Sekolah Kebangsaan Gambut,
Parit Simen, 83600 Semerah,
Batu Pahat, Johor.


ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid pemulihan kelas Bistari, Sek Keb Gambut. Seramai 6 orang murid telah dikenalpasti sebagai responden bagi menjalankan kajian ini. Tinjauan awal mendapati murid-murid tidak memahami konsep bagi operasi asas pendaraban, sukar untuk menghafal sifir dan gagal menjawab soalan yang berkaitan dengan kemahiran asas operasi darab. Justeru, melalui kaedah pengiraan “SIFIR JARI”, dapat membantu murid menguasai kemahiran asas mendarab sifir 2 hingga 5 tanpa perlu menghafal sifir. Pengiraan “SIFIR JARI” sangat mudah kerana murid-murid telah mempunyai kemahiran asas mengenal nombor 1 hingga 100. Kajian ini telah dapat diselesaikan dalam tempoh 6 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid dalam menjawab soalan dalam kemahiran asas mendarab bagi sifir 2 hingga 5. Ternyata, bimbingan melalui “SIFIR JARI” telah berjaya meningkatkan penguasaan kemahiran asas mendarab dalam kalangan murid-murid pemulihan, Kelas Bistari, Sk Gambut, Batu Pahat.